Hebahan & Pengumuman

Semua calon STPM 2014 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2014 yang akan diumumkan pada awal Mac 2015 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2015/2016 (Fasa 1 : 19 Januari hingga 06 April 2015)

Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2014 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (01 hingga 06 Mei 2015) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1


Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf dibuka sehingga 06 April 2015, jam 4.00 petang

Nombor Unik ID diperlukan semasa membuat permohonan
Klik sini untuk penerangan lanjut
Semak syarat kemasukan dan program pengajian anda ke IPTA
upu.semaksyarat.info


 

Perhatian


Sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA hanya boleh diperolehi menerusi portal rasmi BPKP (UPU) di http://upu.moe.gov.my/


Pihak BPKP (UPU) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan maklumat daripada mana-mana sumber lain sama ada media elektronik mahupun media massa seperti Facebook
(kecuali Facebook Rasmi BPKP JPT) dan sebagainya, selain daripada maklumat yang tersiar di dalam portal rasmi BPKP (UPU).


Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke universiti. Hubungi talian hotline UPU di 03-8870 6767 untuk sebarang maklumat lanjut.