Program Lepasan SPMSyarat Am Permohonan

Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM adalah seperti berikut:
UA/Politeknik Premier
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013.

- ATAU -

Politeknik Konvensional. Kolej Komuniti dan ILKA
  • Warganegara Malaysia dan
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.

Program Lepasan STPM/SetarafSyarat Am Permohonan
Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.

ATAU

ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
  • Kompeten semya modul vokasional; dan
  • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 - 2016
DAN

iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am

ATAU

iv. MATRIKULASI/ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

ATAU

vi. DIPLOMA / SETARAF

  • Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau
  • Lulus peperiksaan STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  • Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  • STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
  • Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
DAN

vii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015.