SOALAN LAZIM

Halaman ini memaparkan soalan-soalan lazim berkenaan dengan UPUOnline. Sekiranya terdapat soalan yang berlum terjawab, anda boleh menggunakan perkhidmatan aplikasi ChatBot kami

UMUM

S1. Apa itu BKPA JPT?

BKPA JPT adalah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BKPA JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke

a) 20 Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline
- Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan SPM

b) 36 Politeknik Konvensional/METrO, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills
- Program Pengajian Lepasan SPM
- Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

S2. Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:

a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, IPGM, 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

 

S3. Apa beza Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/ METrO?

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Tiga (3) Politeknik Premier adalah

1) Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2) Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3) Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 28 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut:

1) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
2) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
3) Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4) Politeknik Kuching, Sarawak
5) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6) Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7) Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8) Politeknik Melaka, Melaka
9) Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
10)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
11)Politeknik Merlimau, Melaka
12)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13)Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14)Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16)Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17)Politeknik Mukah, Sarawak
18)Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19)Politeknik Jeli, Kelantan
20)Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21)Politeknik Banting, Selangor
22)Politeknik Mersing, Johor
23)Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24)Politeknik Sandakan, Sabah
25)Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor 26)Politeknik Bagan Datuk, Perak
27) Politeknik Besut, Terengganu 28)Politeknik Tawau, Sabah

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah

1) Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2) Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
3) Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
4) Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
5) Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)

S4. Ada Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, ada Lepasan SPM dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Banyak sangat yang saya tidak faham dan keliru. Cuba terangkan maksud bagi setiap perkara?

Program pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Manakala program pengajian Lepasan SPM pula adalah calon yang mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke Peringkat Asasi, Sijil, Sijil Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda Perguruan (DI IPGM SAHAJA) dan Diploma.


Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaian/ Sijil Jentera untuk naik tahap seperti daripada SKM Tahap 3 ke SKM tahap 4.
Sijil Pengajar Vokasional (VTO) pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.

S5. Selain daripada Portal Rasmi Kemasukan Pelajar iaitu http://upu.moe.gov.my, saluran mana yang boleh saya dapatkan informasi terkini dan adakah terdapat apa aktiviti anjuran BKPA JPT untuk menyebar luas maklumat kemasukan bagi membantu saya dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?

Setiap tahun KPM akan menganjurkan Karnival iaitu Jom Masuk IPT. Ini adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar. Kiosk-kiosk UPUOnline disediakan kepada anda di tapak karnival, khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan.

Selain daripada itu, BKPA JPT juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan
Facebook : KEMASUKAN BKPA JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBKPA
Play Store/AppStore:
UPUPocket 2.0

S6. Apakah perbezaan permohonan Fasa 1 dan Fasa 2 bagi pelajar Matrikulasi/Asasi?

Pada fasa 1, pemohon lepasan Matrikulasi/ Asasi akan mengisi maklumat peribadi dan pilihan program berdasarkan keputusan sem 1. Manakala pada fasa 2 pemohon hanya boleh membuat pilihan program bukan bertemuduga sahaja dan berdasarkan keputusan penuh pengajian.

S7. Orang Asli, B40, Atlet dan OKU mendapat laluan khas untuk penempatan ke IPTA, boleh terangkan apa maksud laluan khas tersebut?

Laluan khas adalah mod kemasukan yang diwujudkan bagi empat (4) kumpulan iaitu Orang Asli, B40, Atlet dan OKU dimana kumpulan ini boleh mendapat tempat tanpa perlu bersaing dalam prinsip meritokrasi tertakluk kepada memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan kekosongan tempat yang disediakan.

PERMOHONAN

S1. Bagaimana permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA boleh dikemukakan?

Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA adalah secara atas talian sahaja iaitu melalui UPUOnline di Portal Rasmi UPU iaitu http://upu.moe.gov.my

S2. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?

Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Februari setiap tahun dan setiap permohonan dikenakan bayaran melalui pembelian No. Unik ID.

S3. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No. Unik ID?

No. Unik ID boleh dibeli dengan cara berikut:
Pembelian secara individu melalui Kaunter BSN dan jika pemohon/ibu bapa memiliki akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin automated teller machine (ATM) dan perbankan internet (myBSN). Harga No. Unik ID adalah RM15.60.

S4. Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.

S5. Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?

Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini, anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.

Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan
a) Manual Pengguna UPUOnline
b) e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan

Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan.

Selain UPUOnline, anda juga boleh akses UPUPocket 2.0 melalui smart phone anda yang boleh didapati di Play Store dan App Store. Aplikasi ini boleh digunakan untuk berikut :
a) Semak kelayakan kemasukan
b) e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
c) Status permohonan
d) Keputusan permohonan dan rayuan
e) Rujukan tarikh penting

S6. Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM/STPM lagi?

Calon boleh mendaftar UPUOnline apabila sistem telah dibuka.

Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan oleh IPTA, Matrikulasi, IPGM dan ILKA.

Selepas lima (5) hari keputusan SPM/STPM diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian di UPUOnline adalah yang anda layak sahaja akan dipaparkan dakam UPUOnline berdasarkan keputusan dan syarat kemasukan program pengajian.

Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPUOnline lebih awal.

S7. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?

Anda boleh menyemak sama ada layak memohon atau tidak dalam e-Panduan. Namun begitu, hanya calon lepas SPM,STPM, Matrik,Asasi dan STAM semua program yang terpapar dalam sistem UPUOnline selepas keputusan rasmi STPM dan SPM dikeluarkan adalah program yang layak dipohon sahaja.

S8. Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BKPA?

Ya, masih diproses. Walau bagaimanapun anda perlu memaklumkan kepada pihak BKPA, JPT terlebih dahulu ditalian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan. Pertukaran kategori ini hanya boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

S9. Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?

Sekiranya anda merupakan lepasan SPM,STPM,Matrik,Asasi,STAM tahun semasa, pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BKPA JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Kokurikulum & Kesenian KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat. Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu memuat naik beberapa dokumen penting dalam Sistem UPUOnline.

S10. Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya, ada cara yang saya boleh dapatkannya semula ?

Anda boleh buka portal rasmi kami di UPUOnline Sistem Permohonan dan tekan pada ruangan lupa kata laluan. Bagi tujuan set semula kata laluan, anda dikehendaki memastikan jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat.

S11. Siapakah yang boleh membuat pengesahan untuk dokumen bagi kategori Diploma setaraf?

Setiap salinan dokumen yang dimuat naik hendaklah mendapatkan ‘Salinan Diakui Sah’ daripada mana-mana pegawai kakitangan kerajaan gred 41 ke atas dan gred pegawai yang berkaitan/mana-mana ketua kampung/penghulu dan lain-lain.

S12. Bagaimana cara pengisian ruangan no kad pengenalan di maklumat bapa/penjaga jika bapa saya bukan taraf warganegara?

Ruang tersebut hanya menerima maklumat ibu/bapa/penjaga yang bertaraf warganegara dan mempunyai no kad pengenalan/ MyKad. Oleh itu, kemukakan maklumat penjaga yang lain seperti bapa/ibu saudara atau sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga terdekat sahaja. Pastikan penjaga lain tersebut mempunyai no kad pengenalan/ MyKad.

S13. Adakah saya boleh membuat pemohonan melalui UPUOnline jika saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program pendidikan jarak jauh(PJJ) ?

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) tidak boleh dipohon melalui UPUOnline, anda boleh memohon terus ke Universiti Awam.

S14. Bolehkah saya membuat permohonan melalui UPUOnline sedangkan saya belum tamat pengajian?

Calon Diploma/setaraf yang belum menamatkan pengajian dan dijangka akan tamat pengajian selepas tarikh UPUOnline ditutup, masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline.
Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas pemohonan ditutup hingga Ogos boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuat naik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.(Sekiranya tidak ditawarkan semasa hebahan pertama)

S15. Saya adalah pelajar lepasan STPM, bolehkah saya membuat permohonan UPUOnline ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda?

Boleh, bagi calon yang mempunyai keputusan STPM dan SPM, calon boleh mengemukakan permohonan ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda dengan syarat membeli dua nombor Unik ID untuk Lepasan SPM dan STPM / Setaraf.

S16. Adakah permohonan UPUOnline boleh dibuat sekiranya saya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka?

Anda masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline sekiranya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka. Namun begitu, anda perlu memiliki keputusan MUET selewat-lewatnya pada tarikh keputusan STPM diumumkan bagi membolehkan pemilihan program pengajian dibuat.

S17. Saya terlambat membeli nombor Unik ID BSN. Adakah nombor pin akan dijual pada fasa rayuan dan boleh membuat permohonan?

Nombor Unik ID BSN hanya dijual pada tarikh permohonan dibuka sehingga sehari sebelum tarikh permohonan ditutup.

UPUONLINE

S1. Bila pendaftaran bagi sesi kemasukan 2020/2021 bagi lepasan SPM dan STPM.

Bagi lepasan SPM dan STPM bagi sesi kemasukan 2020/2021 pemohon boleh membuat pendaftaran di portal UPUOnline tanpa mengunakan Unik ID dan hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.
Jika Pemohon terlepas untuk membuat sebarang pendaftaran dan permohonan, pemohon boleh membuat permohonan di UPUOnline pada bulan Februari sehingga bulan April.
Program dan syarat hanya dimuktamadkan semasa proses permohonan bermula pada bulan Februari 2020/2021.

S2. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?

Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran

S3. Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

Anda masih boleh mengemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu memastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga. BKPA JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.

S4. Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline. Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak Slip tersebut?

Ya, anda dinasihatkan untuk mencetak/menyimpan slip tersebut setiap kali mengemaskini permohonan. Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.

S5. Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?

Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau berlakunya gangguan internet semasa mengemukakan permohonan.
Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan juga pastikan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan maklumat permohonan.

S6. Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program pengajian yang ada terlalu banyak.

Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
a) IPTA & ILKA : https://online.moe.gov.my
Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak.
b) UPUPocket 2.0 dimana aplikasi mudah alih untuk smart phone anda yang boleh didapati di Play Store dan App Store.
Selain itu, selepas lima (5) hari keputusan STPM dan lima (5) hari keputusan SPM diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian di UPUOnline adalah yang anda layak sahaja berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrik/Asasi/STAM dan syarat kemasukan program pengajian.

S7. Saya tidak boleh membuat permohonan UPUOnline kerana tidak mempunyai nombor kad pengenalan

UPUOnline hanya terbuka kepada warganegara Malaysia dan berstatus penduduk tetap sahaja.Jika anda bukan warga negara Malaysia permohonan boleh dibuat secara terus kepada pihak universiti.

S8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya membuat semakan semula keputusan SPM?

Anda perlu memaklumkan kepada BKPA, JPT dan melampirkan sekali keputusan terkini bagi tujuan pengesahan.Pihak BKPA, JPT akan membuat padanan semula dengan Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan SPM terkini.

S9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya terlupa kata laluan dan masih tidak boleh menukar kata laluan walaupun menggunakan fungsi “terlupa kata laluan” yang telah disediakan.

Anda perlu menghubungi talian hotline UPU (03-8870 8200) untuk mendapat bantuan mendapatkan kata laluan yang telah didaftarkan.

S10. Saya merupakan lepasan SPM dan ingin mencetak borang permohonan.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya dapati nombor giliran dan tahun peperiksaan tidak sama dengan maklumat yang telah diisi?

Anda perlu memaklumkan kepada BKPA JPT melalui hotline (03-88708200) atau Sistem Maklum Balas (https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/) atau emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

S11. Untuk permohonan melalui UPUOnline bagi lepasan STPM, kenapa tiada ruangan untuk saya muat naik dokumen atau sijil-sijil berkaitan? Bagaimanakah pihak UPU pastikan keputusan STPM calon yang di guna pakai adalah tepat?

Bagi calon lepasan SPM,STPM,STAM dan juga Asasi UiTM/Asasi Sains UM/Matrikulasi KPM, keputusan peperiksaan bagi calon lepasan ini diperolehi secara terus daripada agensi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPM dan STAM), Majlis Peperiksaan Malaysia (STPM), Pusat Asasi UM, Asasi UiTM dan juga Bahagian Matrikulasi KPM (Asasi/Matrikulasi KPM). 

S12. Saya telah menyelesaikan permohonan sehingga sah dan hantar, namun mengapakah saya tidak memperolehi slip pengesahan permohonan?

Slip permohonan akan dihantar ke emel yang telah didaftar semasa pendaftaran kali pertama UPUOnline. Anda juga boleh mendapatkan slip permohonan dalam borang UPUOnline sebelum tarikh tutup permohonan. Anda perlu log masuk UPUOnline seperti biasa dan tekan pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman.  Selepas itu, slip permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF.  Anda boleh mencetak terus atau menyimpan / save fail pdf tersebut. 

S13. Kenapa paparan program pengajian untuk pilihan pelajar berbeza-beza? Saya hanya layak memilih 6 sahaja pilihan program manakala rakan saya boleh memilih sehingga 12 pilihan. Mohon penjelasan.

Pilihan program telah ditapis berdasarkan keputusan SPM / STPM/ Matrikulasi/ Asasi calon dan juga syarat Am serta syarat Khas program yang telah ditetapkan oleh IPTA/ILKA.

S15. Bagaimanakah penentuan kaum dibuat oleh pihak BKPA?

Maklumat kaum dibuat berdasarkan padanan data yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

HEBAHAN, KEPUTUSAN DAN RAYUAN

S1. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga atau ujian seperti Ujian MEdSI?

Anda perlu menyemak di laman web UA/ IPGM/ Matrik/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/ Ujian.

S2. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?

Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 3 kaedah berikut:
a) Internet :
• https://jpt.utm.my
• http://jpt.uum.edu.my
• https://jpt.unimas.my
• http://jpt.ums.edu.my
• https://jpt.umt.edu.my
b) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200
c) UPUPocket 2.0
d) Semakan melalui SMS: 15888

S3. Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPUOnline?

Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan permohonan rayuan.

S4. Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran.

Kejayaan anda untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA/ILKA yang dipohon. Jika merit anda tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika anda hanya memohon di Universiti Awam yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA/ILKA berkenaan. Antara beberapa sebab mengapa anda tidak ditawarkan ke mana-mana IPTA/ILKA adalah kerana:

i. Kalah dalam persaingan merit di antara calon atau
ii. Tidak mengemukakan permohonan melalui BKPA, JPT atau
iii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian atau
iv. Permohonan tidak lengkap atau,
v. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan atau
vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan atau
vii. Pemohon sedang belajar atau,
Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)

S5. Bagaimana saya ingin membuat permohonan rayuan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?

Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui agensi masing-masing mulai jam 12 tengah hari selepas hebahan keputusan diumumkan. Berikut adalah maklumat permohonan rayuan di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA :INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
https://ekampus.kbs.gov.my

S6. Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM yang tidak mendapat tempat di Universiti Awam (UA)?

Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di http://upu.moe.gov.my mulai pada hari hebahan pertama keputusan. Rayuan boleh di buat dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

S7.Apakah agensi yang menawarkan program TVET kepada calon yang memohon melalui UPUOnline?

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

S8. Saya pelajar STPM/Setaraf dan saya gagal mendapat sebarang tawaran di UA, bagaimanakah cara untuk saya membuat rayuan?

Anda boleh mengemukakan rayuan atas talian yang akan dibuka terus pada hari hebahan. Permohonan rayuan hanya dalam tujuh (7) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

S9. Saya telah memilih program bertemuduga semasa rayuan. Adakah saya akan dipanggil temuduga?

Panggilan temuduga dan kaedah yang akan digunakan tertakluk kepada universiti yang dipohon berdasarkan program pengajian berkenaan.

S10. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah tamat/ berhenti belajar di universiti lama namun berdasarkan semakan BKPA,JPT, status saya masih aktif di universiti tersebut?

Pemohon diminta untuk membuat semakan dengan pihak universiti untuk pengesahan status belajar dan mengemukakan bukti tamat belajar/berhenti melalui emel rasmi BKPA(This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).

S11.Adakah surat tawaran universiti dikeluarkan oleh UPU?

Tidak, Surat tawaran hanya akan dikeluarkan oleh pihak Universiti sahaja. 

S12. Sekiranya tidak tersenarai atau gagal menghadiri ujian MEdSI atau program bertemuduga, adakah pihak UPU masih memproses pilihan program yang lain?

Ya, walaupun calon tidak tersenarai atau gagal menghadiri ujian MEdSI atau panggilan mana-mana program temuduga, permohonan calon masih lagi akan dipertimbangkan untuk pilihan lain.

S13. Sekiranya saya menghadiri temuduga di beberapa universiti, bolehkah saya memilih universiti yang saya inginkan?

Tidak.  Anda hanya akan ditawarkan satu program yang ada dalam pilihan sahaja.  Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, pemohon perlu mengemukakan permohonan rayuan.  Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu.

S15. Apakah yang menyebabkan saya tidak dipanggil untuk urusan temuduga sedangkan saya telah memilih program pengajian asasi/ diploma/ ijazah sarjana muda pendidikan atau bukan pendidikan serta telah melepasi syarat yang ditetapkan?

Sebarang urusan panggilan temuduga adalah bawah selian Universiti. Pemohon boleh berhubung terus dengan pihak IPTA/ILKA untuk mendapatkan maklumat lanjut.